Breaking News

CARA MEMBACA TAB GITAR



Untuk membaca tab gitar sebenarnya tidak susah yang dijangkakan. Dengan hanya melihat pada nombor yang tertera di bawah not [kod togeh] sahaja.
Macam mana untuk membaca tab gitar dengan mudah? Berikut gua tunjukkan cara-caranya.

Pertama korang tengok pada gambar. [lihat rajah pertama]. Kalau korang nak tahu, yang itu lah tab gitar. Banyak nombor-nombor yang berada di dalam baris.

Gambarajah 1


Kenapa pula ada 6 baris? Sebenarnya baris tersebut adalah tali gitar. Kalau baris atas bermaksud tali gitar yang paling bawah iaitu tali 1. 

Kenapa ada nombor -nombor yang berlainan?
Nombor tersebut sebenarnya adalah bar atau fret gitar. Jika nombor tersebut adalah 5 maka korang kena kira dari bar pertama hingga kelima.

CONTOH 1.

Nombor 5 terletak di baris pertama pada tab gitar.
Penyelesaian :

Langkah 1. Mengenalpasti posisi nombor pada barisan. Buat ringkasan seperti di bawah
Nombor 5 = bar fret gitar kelima
Baris pertama = kedudukan tali gitar pertama[tali bawah yang paling halus]

Langkah 2. Anda telah mengenal pasti tali yang perlu dimainkan adalah tali halus. Jadi tekan tali halus pada bar pertama kemudian kira bar gitar anda sehingga lima. Berhenti di bar kelima sambil jari anda masih menekan pada tali pertama, Kemudian petik tali gitar pertama.

Langkah 3. Anda telah mengetahui kedudukan not yang hendak ditekan. Petik tali gitar pertama anda. Yang keluar itulah melodi daripada not yang anda tekan.

Jadi keseluruhannya, korang kena paham konsepnya dulu. Gua dah sertakan gambar untuk rujukan korang. [lihat gambarajah kedua]. Kalau dah paham, gua gerenti banyak lagu korang boleh main.
Gambarajah 2
SYABAS anda telah paham dengan sepenuhnya. Itulah cara-cara membaca tab gitar. MUDAH BUKAN?? Masih ingat tab gitar RASA SAYANG yang gua lampirkan tempoh hari. Kalau tak ingat korang cari kat JOM JAMMING 3 CHORD PERTAMA .Kerja rumah kali ini gua nak korang cuba mainkan melodi lagu RASA SAYANG ini sehingga habis. Biar lambat, kalau boleh tekan satu persatu not dengan jelas mengikut kaedah pembacaan tab ini. Kat bawah seperti biasa gua siapkan backing track untuk korang jamming melodinya pulak. USAHA TANGGA KEJAYAAN BEB.

Tiada ulasan