Tak tau kenapa baiknya hati gua nak share kat korang pasal benda yang berkaitan dengan muzik dalam blog yang gua buat khas utk tatapan korang. Apa yg dibagi tolong praktikkan dengan tekun jgn ada perasaan lelah pasal kalau korang nak tau kalau tak sebab mandi gitar, makan gitar, tido gitar rasanya tak sampai ketahap gaban. Gua usha tak banyak lagu melayu yang org kita nak share kalau dibandingkan dengan international diorg tak kedekut sampai sanggup bersengkang mata pasal nak kongsi bersama rakan seperjuangan. Jadi gua rasa kalau gua tak mula sampai bila2 pun tak mula. Pendek kata jgn kita rasa iri hati kalau ada org lain yang pandai dari kita, malah kita patut bersyukur di atas ilmu yang kita diberikan, dia jadi lebih pandai dari kita. HAHAHAHHA... Jangan salahkan org lain kalau dia lebih shred. Salahkan diri sendiri kerana sifat MALAS yang ada dalam diri. APA PUN TAK BOLEH. Kepada kekawan yang sanggup share bersama harap korang boleh share dalam blog yang tak seberapa ini. Gua pun bukan pandai sangat tapi pandai kenakan org, WAKAKAKA Buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkan. Gua budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan dengan free of charge (yang penting ikhlas).. SAYONARA
Jika disebut tentang gitar ramai diantara kita memilih idola masing2 sebagai GITARIS terbaik. Jika di selidik secara mendalam, tanpa dahulu takde sekarang. Disini disenaraikan 10 guitar terbaik " THE LEGEND OF GUITAR HERO " yang mencipta muzik tersendiri lalu di persembahkan dalam petikan gitar membuatkan ramai lelaki yang menangis. For me PREVIOUS GUITAR HERO are still LEGEND , but!! GITARIS terbaik akan silih berganti mengikut musim, era dan zaman dan tidak muktamat dan terhad.Anda juga bebas memilih siapa yang terbaik mengikut citarasa anda. Berikut senarai 10 calon pemain gitar terbaik bagi undian dunia.. TOP 10 Guitar Player 1. Robert Johnson 2. Jimi Hendrix 3. Stevie Ray Vaughan 4. John Frusciante 5. David Gilmour 6. BB King 7. Jimmy Page 8. Jack White 9. John Mayer 10. Tom Morello

CARA MEMBACA TAB GITAR

Posted by keyruless October 18, 2011



Untuk membaca tab gitar sebenarnya tidak susah yang dijangkakan. Dengan hanya melihat pada nombor yang tertera di bawah not [kod togeh] sahaja.
Macam mana untuk membaca tab gitar dengan mudah? Berikut gua tunjukkan cara-caranya.

Pertama korang tengok pada gambar. [lihat rajah pertama]. Kalau korang nak tahu, yang itu lah tab gitar. Banyak nombor-nombor yang berada di dalam baris.

Gambarajah 1


Kenapa pula ada 6 baris? Sebenarnya baris tersebut adalah tali gitar. Kalau baris atas bermaksud tali gitar yang paling bawah iaitu tali 1. 

Kenapa ada nombor -nombor yang berlainan?
Nombor tersebut sebenarnya adalah bar atau fret gitar. Jika nombor tersebut adalah 5 maka korang kena kira dari bar pertama hingga kelima.

CONTOH 1.

Nombor 5 terletak di baris pertama pada tab gitar.
Penyelesaian :

Langkah 1. Mengenalpasti posisi nombor pada barisan. Buat ringkasan seperti di bawah
Nombor 5 = bar fret gitar kelima
Baris pertama = kedudukan tali gitar pertama[tali bawah yang paling halus]

Langkah 2. Anda telah mengenal pasti tali yang perlu dimainkan adalah tali halus. Jadi tekan tali halus pada bar pertama kemudian kira bar gitar anda sehingga lima. Berhenti di bar kelima sambil jari anda masih menekan pada tali pertama, Kemudian petik tali gitar pertama.

Langkah 3. Anda telah mengetahui kedudukan not yang hendak ditekan. Petik tali gitar pertama anda. Yang keluar itulah melodi daripada not yang anda tekan.

Jadi keseluruhannya, korang kena paham konsepnya dulu. Gua dah sertakan gambar untuk rujukan korang. [lihat gambarajah kedua]. Kalau dah paham, gua gerenti banyak lagu korang boleh main.
Gambarajah 2
SYABAS anda telah paham dengan sepenuhnya. Itulah cara-cara membaca tab gitar. MUDAH BUKAN?? Masih ingat tab gitar RASA SAYANG yang gua lampirkan tempoh hari. Kalau tak ingat korang cari kat JOM JAMMING 3 CHORD PERTAMA .Kerja rumah kali ini gua nak korang cuba mainkan melodi lagu RASA SAYANG ini sehingga habis. Biar lambat, kalau boleh tekan satu persatu not dengan jelas mengikut kaedah pembacaan tab ini. Kat bawah seperti biasa gua siapkan backing track untuk korang jamming melodinya pulak. USAHA TANGGA KEJAYAAN BEB.

RASA SAYANG BACKING TRACK FOR GUITAR MELODY

2 comments
  1. Maaf tp sy still x brpe nk phm la..

    Posted on December 22, 2012 at 7:16 PM

     
  2. Anonymous Said,

    kalau 0 p[ada tali 1 maknanya free or??

    Posted on January 9, 2013 at 2:58 AM

     

Post a Comment

ShareThis

About Me

My Photo
Bukan aku dilahirkan pandai, tapi pandai lagi Pak Pandir, Bukan aku yang dilahirkan hodoh tapi hodoh lagi shrek. Bukan aku dilahirkan kedekut kalau kedekut takdelah blogreng ni. Niat di hati nak share ilmu yang x berapa cukup tapi bolehlah pergi berperang. Kalau ilmu kedekut pun tak guna mati tinggal juga kesian kat geng yang nak tuntut ilmu tapi semuanya bermodal. Nah... AMEKAW.. skrg mood aku tgh baik nak bagi kat korg apa yang aku tau. minta kasi, bagi ambik tapi kalau bab free jgn plak sambil lewa. Bila ada hati nak blaja tak mampu nak cekau duit kat mana pulak. Ni dah free tak reti2 blaja sampai hangit. HAMBA PERSEMBAHKAN

Followers

BEGINER ACOUSTIC GUITAR 1. Seagull S6 2. Yamaha FG700S 3. Takamine G-340 4. Fender CD-140S 5. Epiphone DR-100 BEGINNER ELECTRIC GITAR 1. Squier Fat Stratocaster 2. Epiphone G-310 SG 3. Yamaha PAC012DLX Pacifica Series HSS Deluxe 4. Squire Affinity Series Telecaster 5. Epiphone Les Paul Special II sumber didapati dilaman sesawang about.com