Breaking News

MARI BELAJAR 3 CHORD PERTAMA

Selamat Menyahut Cabaran. Untuk permulaan gua nak bagi korang kenal 3 jenis chord asas dulu iaitu C, F & G. Bila dah master baru boleh alih ke chord lain. Gua harap korang dapat mengenal dan menghafal. Kalau boleh main 3 chord tersebut tak payah nak pandang fret gitar. Ada brann? Post yang lepas
 gua dah huraikan macam mana nak membaca rajah chord gitar. Kalau korang tak hafal pegi tengok balik hafal dan baru belajar chord. Pada post tersebut gua dah ajar posisi jari kiri dan cara pegang chord. Sesiapa yang dah hafal jom kita mulakan pembelajaran kita kali ini.  GET READY






Untuk pegang chord C


Langkah 1. Jari 1 pada tali kedua di bar pertama
Langkah 2. Jari 2 pada tali keempat di bar kedua
Langkah 3. Jari 3 pada tali kelima di bar ketiga
Langkah 4. Strum dari tali kelima hingga tali pertama. 

Untuk pegang kod G
 
Langkah 1. Jari 1 atau jari 2 pada tali kelima di bar kedua
Langkah 2. Jari 2 atau jari 3 pada tali keenam di bar ketiga
Langkah 3. Jari 4 pada tali pertama di bar ketiga
Langkah 4. Strum dari tali keenam hingga tali pertama. 

Untuk pegang chord F

Langkah 1. Jari 1 pada tali pertama dan kedua di bar pertama(ditekan serentak)
Langkah 2. Jari 2 pada tali ketiga di bar kedua
Langkah 3. Jari 3 pada tali keempat di bar ketiga
Langkah 4. Strum dari tali keempat hingga tali pertama.

Harus di ingat semua tali yang dipegang mesti bebunyi. Untuk permulaan memang sukar kerana jari masih lembut. Cuba bunyikan tali satu persatu. SEMOGA BERJAYA.

Next.. lepas korang dah pandai pegang 3 chord ni gua nak bagi korang main satu lagu yang mudah hanya menggunakan 3 chord ini sahaja. Gua sertakan dengan backing track. Kat sini korang boleh nampak hasil usaha korang. Bagi yang tak boleh pegang sambil lihat fret, cuba sampai boleh ini untuk memudahkan korang juga.

Tiada ulasan