[LESSON 7] MARI BELAJAR CHORD D, C7 & G7
Gua harap korang dah dapat pegang chord C, F, G, Am, Dm, E, A, E & Bb [B Flat / Bemolle]. Dah hafal & boleh pegang tanpa melihat bar fret gitar. Canteekkk & syabas. Post kali ini kita belajar pegang chord D, C7 & G7. APA tu 7? Hahaha.. Kalau nak tahu kena blajar undang2 chord dulu. Nanti gua terangkan dalam bab yang akan datang. Korang cuma hafal aje chord ini dulu. Oraiiittt Let Do It.
Untuk pegang chord D
Langkah 1. Jari 1 pada tali ketiga di bar kedua
Langkah 2. Jari 2 pada tali pertama di bar kedua
Langkah 3. Jari 3 pada tali kedua di bar ketiga
Langkah 4. Strum dari tali 5 hingga tali 1.
Untuk pegang kod C7
Langkah 1. Jari 1 pada tali kedua di bar pertama
Langkah 2. Jari 2 pada tali keempat di bar kedua
Langkah 3. Jari 3 pada tali kelima di bar ketiga
Langkah 4. Jari 4 pada tali ketiga di bar ketiga
Langkah 4. Strum dari tali 5 hingga tali 1.
Untuk pegang chord G7
Langkah 1. Jari 1 pada tali pertama di bar pertama
Langkah 2. Jari 2 pada tali kelima di bar keda
Langkah 3. Jari 3 pada tali keenam di bar ketiga
Langkah 4. Strum dari tali 6 hingga tali 1.
Harus di ingat semua tali yang dipegang mesti bebunyi. Untuk permulaan memang sukar kerana jari masih lembut. Cuba bunyikan tali satu persatu. SEMOGA BERJAYA.
Next.. sekarang korang dah pandai pegang 12 chord .Post akan datang gua akan ajar korang pegang chord 7 yang lain pulak. #bukansenangnakpower #grongreng
Tiada ulasan